AGENDANASIONAL

Amaran hujan lebat, ribut di Hulu Selangor hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 28 NOV: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dikeluar melibatkan daerah Hulu Selangor hingga 1 pagi ini, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi tersebut meramalkan cuaca sama melanda Kedah iaitu di Baling, Perak (Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim) dan Pahang (Raub, Bentong dan Temerloh).

Menurut MetMalaysia di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :