Mat Sabu menyantuni mangsa banjir yang dipindahkan di PPS Kg. Johan Setia , Klang. Foto Facebook Mohamad Sabu
AGENDANASIONAL

Mat Sabu luang masa lawat mangsa banjir Kampung Johan Setia

OLEH FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 10 NOV: Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Parlimen Kota Raja meluangkan masa
melawat mangsa banjir Kampung Johan Setia di pusat pemindahan sementara Sekolah Kebangsaan Kampung Johan Setia.

Menerusi Facebook Mat Sabu hari ini, beliau mengucapkan terima kasih kepada agensi penyelamat terlibat yang bertungkus lumus menyelamatkan mangsa yang terjejas.

“Saya berharap siapa pemerintah yang dipilih pada pilihan raya umum nanti mengambil perhatian khusus isu banjir di Lembah Klang dan negeri lain,” katanya.

Presiden Amanah itu juga tidak lupa menziarahi penduduk yang terlantar sakit di rumah di Jalan Kebun kelmarin.

Bagi Mohamad sabu atau lebih mesra dengan panggilan Mat Sabu aktiviti itu sebagai tanda beliau amat mengambil berat mengenai perkembangan kesihatan penduduk.

“Mohon doa dari semua agar kesihatan buat Wak Sakmun Tok Hashim Ketua Kampung Jalan Kebun dan Hj Khairi antara aktivis dan orang lama di Kampung Jalan Kebun,” ujarnya.

 


Pengarang :