Anggota bomba membantu memindahkan seorang warga emas susulan banjir kilat di Kampung Budiman, Puncak Alam pada 10 November 2022. Foto ihsan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor
AGENDANASIONAL

Banjir di Klang, tiga pusat pemindahan dibuka

SHAH ALAM, 10 NOV: Tiga pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Johan Setia, Meru serta Kampung Budiman, Klang, setakat jam 9 malam ini.

Menerusi data yang dikongsikan Pusat Operasi Smart Selangor (SSOC), tiga PPS berkenaan adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Johan Setia, SK Sungai Binjai dan Dewan Orang Ramai Kampung Budiman, lapor portal Berita Harian.

“Setakat ini, PPS SK Johan Setia menempatkan 147 mangsa daripada 32 keluarga, manakala jumlah mangsa di dua lagi PPS masih dalam bancian.

“SSOC akan terus memantau dan membuat tindakan susulan. SSOC akan menyampaikan maklumat terkini dari semasa ke semasa,” katanya.

Petang tadi, beberapa kawasan di Klang dan Shah Alam dilanda banjir kilat ekoran hujan lebat berterusan.


Pengarang :