Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari (tengah) memegang cek cura bantuan kepada ratusan sekolah negeri ini bagi membaik pulih kemudahan dalam sebuah majlis di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21 November 2022. Foto ihsan pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

MB agih RM12.5 juta bantu 501 sekolah baik pulih kemudahan

SHAH ALAM, 21 NOV: Sebanyak RM12.5 juta diagihkan kepada 501 sekolah seluruh negeri hari ini bagi menambah baik infrastruktur dan fasiliti demi keselesaaan pelajar.

Dato’ Menteri Besar berkata inisiatif Bantuan Sekolah Negeri Selangor diserahkan kepada 381 sekolah agama rakyat dan 120 sekolah kebangsaan serta sekolah menengah kebangsaan.

“Bantuan ini merangkumi pemberian kepada sekolah kerajaan dan swasta di Selangor. Tujuan utamanya untuk memberi keselesaan optimum kepada para pelajar,” kata Dato’ Seri Amirudin Shari dalam kenyataan.

Beliau memaklumkan majlis sumbangan yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM26.5 juta yang diagih kepada 742 sekolah tahun ini.

Pada Mei, Amirudin berkata sekolah jenis kebangsaan Cina (SJKC) dan Tamil (SJKT), sekolah mubaligh serta sekolah menengah persendirian cina turut menerima bantuan sama.

Sumbangan RM14 juta kepada kepada 143 SJKC dan 97 SJKT disempurnakan bulan lalu oleh EXCO Pelancongan Hee Loy Sian dan EXCO Pembangunan Sosio Ekonomi V Ganabatirau.


Pengarang :