Kumpulan Caliph Buskers membuat persembahan pada program Vaksin Selangor (Selvax) di pusat pemberian vaksin (PPV) Tropicana Gardens Mall, Petaling Jaya pada 21 Ogos 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MBSJ anjur pertandingan muzik jalanan, tawar hadiah wang tunai

Oleh Faizal Nazaruddin

SHAH ALAM, 1 NOV: Habuan wang tunai menanti pemenang pertandingan pemuzik jalanan (buskers) anjuran Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ).

Pihak berkuasa tempatan itu berkata johan bakal menerima RM1,000 diikuti naib johan (RM700), tempat ketiga (RM500) manakala johan bulanan (RM200) dan empat hadiah sagu hati (RM100).

Jelas MBSJ, pertandingan diadakan pada setiap Ahad minggu pertama bagi tempoh lima bulan bermula 6 November ini hingga 1 April tahun depan di hadapan Subang Parade.

“Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh komuniti bandar raya Subang Jaya dan terhad kepada lima kumpulan (bulanan) sahaja,” katanya menerusi Facebook.

Mengenakan yuran sebanyak RM50, sebarang pertanyaan dan penyertaan boleh menghubungi Marsidi 017-340 7651, Shamir Horace 016-777 2446 dan Khairul Nizam 012-345 7145.


Pengarang :