Loji Rawatan Air (LRA) Langat 2. Foto Facebook Amirudin Shari
AGENDANASIONAL

RM100 juta lengkapkan projek rawatan air, jamin operasi loji

SHAH ALAM, 25 NOV: Sebanyak RM100 juta dikhaskan untuk projek Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) bagi menjamin loji rawatan air (LRA) terus beroperasi jika berlaku pencemaran.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata jumlah itu sebahagian daripada keseluruhan peruntukan RM332 juta yang diluluskan pihaknya untuk menjayakan skim terbabit.

“Kerajaan Negeri juga memperuntuk sebanyak RM4 juta bagi menjayakan projek pembangunan LRA Labohan Dagang, Kuala Langat,” katanya dalam pembentangan Belanjawan 2023 hari ini.

Pada hujung 2020, EXCO Infrastruktr Ir Izham Hashim memaklumkan Sungai Gong menjadi projek rintis SJAM yang menggunakan bahan teknologi nano untuk bertindak merawat sungai tercemar.

Sementara itu, Amirudin menjelaskan kuantiti sumber air negeri bertambah baik dengan kapasiti empangan melebihi 90 peratus takungan setakat 31 Ogos.

“Ia mampu membekalkan air sekurang-kurangnya tiga bulan dan bertahan sehingga enam bulan tanpa hujan,” katanya lagi.


Pengarang :