Lembaga Zakat Selangor menyampaikan bantuan kepada warga emas penghidap penyakit kencing manis kronik di Kuala Selangor pada 22 November 2022. Foto Lembaga Zakat Selangor
AGENSISELANGOR

Pesakit kencing manis kronik dapat bantuan LZS

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 23 NOV: Seorang lelaki warga emas penghidap penyakit kencing manis kronik menerima bantuan Lembaga Zakat Selangor (LZS), semalam.

Agensi tersebut memaklumkan bantuan keperluan lampin pakai buang setiap bulan, katil khas pesakit dan juga bantuan makanan bulanan disalurkan hasil maklumat daripada pemimpin masyarakat di daerah Kuala Selangor.

“Zakat Selangor menziarahi seorang lelaki berusia diuji dengan penyakit kencing manis kronik yang menyebabkan kaki sebelah kanan dipotong dan matanya tidak dapat melihat.

“Beliau yang tinggal bersama isteri dan anaknya terasa terbeban dengan kos sara hidup yang semakin meningkat untuk membeli keperluan lampin pakai buang dewasa dan susu tambahan untuk pesakit kencing manis,” kata agensi itu di Facebook Lembaga Zakat Selangor.

Agensi itu berharap dengan bayaran zakat yang ditunaikan pengeluar zakat di LZS, dapat meringankan beban keluarga itu untuk meneruskan kehidupan.


Pengarang :