Seramai 522 pelajar baharu melafazkan ikrar pada Majlis Ikrar Pelajar Baharu yang berlangsung di Dewan Canselor, Unisel kampus Bestari Jaya pada 20 November 2021. Foto Facebook Unisel
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

RM3 juta disediakan untuk hadiah masuk universiti anak Selangor

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak RM3 juta disediakan bagi meneruskan pelaksanaan Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) Selangor tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata program akan memberi manfaat kepada 3,000 pelajar anak Selangor.

“Peruntukan memberi bantuan RM1,000 khusus kepada anak-anak Selangor daripada keluarga berpendapatan RM5,000 ke bawah.

“Pemohon yang layak merupakan pelajar tahun pertama dari peringkat diploma dan Ijazah Sarjana Muda,” katanya dalam Pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Inisiatif HPIPT dilaksanakan sejak 2008 untuk meringankan beban pelajar dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah yang menerima tawaran melanjutkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi awam dan swasta.


Pengarang :