Kemeriahan suasana penerima dalam Konvokesyen Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) kali ke-23 di Pusat Konvensyen KUIS, Kajang pada 1 Disember 2021. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

RM5 juta untuk pemerkasaan dan pembangunan UIS, Unisel

OLEH AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 NOV: Sebanyak RM5 juta diperuntukkan bagi Pemerkasaan dan Pembangunan Universiti Islam Antarabangsa Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (Unisel) tahun depan.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu bagi memastikan UIS dan Unisel setanding Institusi Pengajian Tinggi (IPT) terkemuka dalam negara dan antarabangsa.

Pemerkasaan itu merangkumi aspek pentadbiran, pembangunan kapabiliti serta kompetensi tenaga pengajar dan pentadbir, kerjasama industri, fasiliti pengajaran serta pembelajaran dan pembangunan mahasiswa.

“Kerajaan Negeri berbangga dengan kejayaan Kuis yang dinaik taraf kepada status universiti sejajar dengan hasrat Tuanku Sultan Selangor yang mahukan universiti di Selangor berada pada kedudukan terbaik,” kata beliau dalam Pembentangan Belanjawan 2023 semalam.

Menurut Amirudin, pemerkasaan dan pembangunan turut melibatkan Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Negeri Selangor (STDC).

 


Pengarang :