Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Rodziah Ismail menyampaikan ucapan ketika menghadiri ceramah kelompok kaum cina di gelanggang bola keranjang, Kelab Belia Kampung Baru Ampang sempena kempen PRU15 pada 11 November 2022. Foto MOHD YUSNI ARIFFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Rodziah sedia kad ketika berkempen, senaraikan aduan penduduk

Oleh SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 14 NOV: Rodziah Ismail membawa kad aduan setiap kali turun berkempen bagi menyenaraikan masalah dan permintaan penduduk di kawasan Ampang.

Calon Pakatan Harapan (HARAPAN) yang bertanding bagi kerusi Parlimen itu berkata banyak aduan yang diterima sejak lapan hari berkempen.

“Insya-Allah, saya akan tengok. Setiap kali saya santuni (bertemu) rakyat, ada sahaja yang mengatakan (tentang permohonan), bertanya tentang masalah tapi tiada perkembangan.

“Ini adalah senarai ke-54 dalam kad saya. 54 harapan daripada penduduk sekitar (Ampang) yang memohon,” katanya ketika menyantuni penduduk di Flat Taman Cahaya semalam.

Rodziah menambah akan menyusun dan merancang semua permintaan dan aduan yang diajukan jika berjaya menawan Ampang pada pilihan raya umum ke-15.

“Jadi, menang nanti, saya akan susunkan, kategorikan dan rancang bagaimana (masalah) boleh diselesaikan,” katanya lagi.


Pengarang :