Eksekutif Kebajikan Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) Muhammad Zabair Azizan (kiri) menyerahkan sumbangan pek kasih Yide kepada salah seorang mangsa banjir di pusat pemindahan sementara di Dewan Camelia Height, Subang Jaya pada 17 November 2022. Foto Facebook YIDE
AGENSISELANGOR

Yide bantu 167 mangsa banjir di pusat pemindahan Subang Jaya

SHAH ALAM, 20 NOV: Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide) menyalurkan sumbangan kepada 37 keluarga melibatkan 167 mangsa banjir di Subang Jaya, Khamis lalu.

Agensi tersebut memaklumkan pihaknya menerusi skuad prihatin Yide menyantuni kesemua mereka yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Camelia Height.

“Kita mendoakan agar mangsa bah tabah dalam menghadapi ujian Allah dan mengharapkan agar dijauhkan daripada musibah yang besar,” katanya menerusi Facebook.

Sumbangan pek kasih Yide itu disampaikan Eksekutif Kebajikannya Muhammad Zabair Azizan.

Hujan lebat berterusan lewat pada malam Rabu menyebabkan beberapa kawasan di daerah terlibat ditenggelami air.

Yide merakamkan penghargaan kepada orang ramai yang membantu dalam menyalurkan infaq dan sumbangan itu telah disalurkan kepada golongan sasar.

Mereka yang berminat untuk bersama bagi membantu mangsa musibah boleh menyalurkannya melalui pautan https://yide.com.my/donations/infaq-dana-musibah/ .


Pengarang :