Suasana sekitar Persidangan Halal Antarabangsa Selangor (Selhac) edisi pertama di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) pada 4 Mac 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
ADNSELANGOR

DUN Hulu Kelang tawar kursus penyediaan makanan halal, daftar percuma

Oleh Suhaila Shahrul Annuar

SHAH ALAM, 16 DIS: Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang membuka penyertaan kepada 50 peniaga dan penjaja dalam kursus penyediaan makanan halal pada 22 Disember ini.

Wakil rakyatnya berkata kursus berkenaan terbuka kepada peniaga gerai, pengusaha makanan dalam talian, penjaja, peniaga kantin, katering dan pekerja restoran di DUN berkenaan.

“Pendaftaran adalah percuma dan terhad kepada 50 peserta sahaja dan mereka akan menerima sijil diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

“Program ini anjuran bersama pusat khidmat masyarakat DUN Hulu Kelang dan Yayasan Al-Moqni Malaysia ini,” kata Saari Sungib di Facebook.

Menurut Saari mereka yang berminat boleh mendaftar di pautan https://bit.ly/kursuspenyediaanmakananhalal atau hubungi talian 013 284 7892 untuk sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut.

Katanya, program berkenaan akan diadakan di Pusat Khidmat Masyarakat DUN Hulu Kelang, Jalan AU 2A, Taman Keramat bermula jam 9.30 pagi hingga 11.30 pagi.


Pengarang :