Orang ramai memenuhi gerai untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Enam lokasi bazar Ramadan di Shah Alam jadi pilihan peniaga

SHAH ALAM, 30 DIS: Enam lokasi tapak bazar Ramadan yang disediakan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mendapat sambutan menggalakkan daripada peniaga.

Datuk Bandar Shah Alam Dr Nor Fuad Abdul Hamid berkata MBSA menyediakan 25 tapak bazar Ramadan pada tahun hadapan dan enam daripadanya sudah penuh.

Enam lokasi itu adalah di Seksyen 7, Seksyen 18, Seksyen 19, U8 Bukit Jelutong, U10 Alam Budiman dan di U13 Setia Alam.

“Setakat ini enam kawasan sudah penuh. Kali ini juga kita buka lebih banyak lot berbanding ketika pandemik kerana sudah tiada penjarakan sosial.

“Apa-apa pun jaga kesihatan dan pakai pelitup muka. Syarat berniaga juga masih sama, selagi tiada arahan lain daripada pihak berkuasa,” katanya hari ini.

MBSA mula membuka permohonan permit bazar Ramadan secara dalam talian mulai 19 Disember hingga 15 Januari depan menerusi aplikasi ePenjaja MBSA atau layari https://epenjaja.mbsa.gov.my.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi Jabatan Pelesenan MBSA di nombor 03-55105133 sambungan 1762, 1486, 1699, 1317 atau 1366.


Pengarang :