Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk di laman sesawang www.met.gov.my, media sosial atau aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih (gambar hiasan). Foto BERNAMA
SELANGOR

Lapan daerah di Selangor dijangka ribut petir hingga 11 malam

SHAH ALAM, 9 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di lapan daerah di Selangor sehingga jam 11 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terbabit ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat, Hulu Langat dan Sepang.

Menerusi Facebook, agensi berkata cuaca sama turut melanda seluruh Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Keadaan sama turut berlaku di beberapa kawasan di Perak, Sabah dan Sarawak.

Menurutnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :