Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)
BERITA UTAMAPBTSELANGOR

MBSA perkenal aplikasi baharu Respons Rakyat untuk aduan awam

Oleh FAIZAL NAZARUDDIN

SHAH ALAM, 31 DIS: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menggantikan aplikasi i-Adu dengan Respons Rakyat bagi kemudahan orang ramai membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan itu bermula esok.

MBSA memaklumkan orang ramai boleh memuat turun aplikasi baharu berkenaan melalui Apple Store atau Google Play.

“Kaedah membuat aduan pada aplikasi itu dengan memilih agensi MBSA dan masukkan tajuk aduan ringkas.

“Kemudian lengkapkan butiran dan tag lokasi serta memuat naik dokumen seperti gambar atau video,” katanya menerusi Facebook.

Pada 2018, MBSA memperkenalkan aplikasi i-Adu bagi memudahkan pengurusan aduan secara efisien dan berkesan.

Pengguna boleh membuatnya secara terus dan menyemak penerimaan maklum balas terhadap aduan dikemukakan.


Pengarang :