Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menyediakan kaunter pembaharuan lesen premis perniagaan dan lesen penjaja di Dato Ahmad Razali, Ampang pada 13 Oktober 2021. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

MPAJ anjur mini karnival perbaharui lesen niaga Isnin depan

SHAH ALAM, 13 DIS: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) menganjurkan mini karnival pembaharuan lesen perniagaan mulai 19 sehingga 21 Disember ini.

Pihak berkuasa tempatan itu menerusi kenyataan memaklumkan karnival tiga hari berkenaan diadakan dari jam 9 pagi hingga 5 petang di Galeri Aras 4, Menara MPAJ.

“Turut diadakan pelbagai pameran menarik antaranya berkaitan skim Hijrah Selangor, inisiatif Platform Selangor (PLATS) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

“Selain itu, pengusaha premis juga akan diberi taklimat secara percuma berhubung reka bentuk dalaman premis dan strategi pengiklanan serta pemasaran,” katanya.

Tambahnya, pengunjung juga disajikan dengan fiesta pelbagai makanan.

Bagi mendapatkan keterangan lanjut, boleh hubungi Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan di talian 03-4285 7344/ 7170.


Pengarang :