Aktiviti berakit air. Foto Tourism Selangor
AGENDANASIONAL

Orang ramai dinasihat tunda aktiviti luar ketika tengkujuh

SHAH ALAM, 27 DIS: Orang ramai terutama penggemar aktiviti ‘outdoor’ dinasihat menunda aktiviti seperti mendaki dan berkelah di kawasan berisiko ketika musim tengkujuh.

Tourism Selangor berkata aktiviti berkenaan boleh menyebabkan sesat di dalam hutan, terperangkap dalam tanah runtuh atau banjir.

“Tanpa pengetahuan tentang kawasan dan maklumat tentang musim tengkujuh yang mencukupi, pelancong boleh terdedah kepada risiko,” katanya menerusi kenyataan.

Agensi juga meminta orang ramai mengambil iktibar daripada tragedi tanah runtuh di Batang Kali dengan mengambil langkah berjaga-jaga apabila merancang percutian.

“Ibu bapa sangat digalakkan untuk mengingatkan anak-anak mereka bagi menjauhi kawasan-kawasan ini,” katanya.

Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan Monsun Timur Laut melanda negara bermula pertengahan November sehingga Mac tahun depan yang boleh menyebabkan banjir di kawasan rendah termasuk sungai dan air terjun.


Pengarang :