Suasana sekitar dengan kehadiran orang ramai dalam Pesta Buku Antarabang Selangor (SIBF) 2022 di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 6 Disember 2022.Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI
AGENSIBERITA UTAMASELANGOR

Pesta Buku Antarabangsa Selangor ruang pengunjung dapatkan buku, novel murah

Oleh SHAMZ JOHAN

SHAH ALAM, 7 DIS: Dua rakan mengambil kesempatan mendapatkan koleksi buku rujukan dan novel pada harga promosi dalam Pesta Buku Antarabangsa Selangor (SIBF) 2022.

Balqis Nurjannah Mohd Hazalini dan Siti Nurliyana Md Muliyadi, 17, hadir dengan menaiki motosikal ke pesta berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini dan menganggap peluang itu tidak harus dilepaskan.

Siti Nurliyana Md Muliyadi. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

“Kami memang cari (beli) novel bergenre seram dan ada beli buku rujukan juga, harga jauh lebih murah kerana ada promosi,” kata mereka.

Pelatih pengurusan Aiman Ruslan, 20, yang meminati buku sains fiksyen dan aksi, sanggup berbelanja ratusan ringgit di SIBF bagi mendapatkan koleksi diingini.

“Sudah habis RM500, kebanyakan buku bergenre sains fiksyen dan aksi. Sangat seronok dan saya bercadang akan datang lagi,” katanya.

Aiman Ruslan. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI

Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sri Muda, Levialin Jais, 15, pula berpendapat selain berpeluang membeli buku pada harga promosi, SIBF juga program berguna bagi menyemai minat membaca dalam kalangan masyarakat terutama remaja sepertinya.

SIBF 2022 bermula 1 hingga 11 Disember dianjurkan Kerajaan Negeri dengan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sebagai urusetia diadakan hasil kesinambungan Pesta Buku Selangor yang diadakan sejak 2006.

Selain pameran dan jualan buku, pelbagai aktiviti menarik melibatkan pelajar dan kanak-kanak turut diadakan selain jualan pelbagai jenis makanan dan barangan.


Pengarang :