Orang awam menggunakan payung semasa meredah hujan ketika tinjauan Bernama di sekitar pusat bandar pada 8 Disember 2022. Foto BERNAMA
SELANGOR

Selangor, KL dan Putrajaya diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 9 DIS: Amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal berlaku di seluruh Selangor, Putrajaya dan Kuala Lumpur sehingga jam 6 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook memaklumkan cuaca sama turut melanda seluruh Negeri Sembilan dan Melaka.

Keadaan sama turut berlaku di beberapa kawasan di Perak, Pahang, Sabah dan Johor.

Menurutnya amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :