PBTSELANGOR

Sertai Explorace Pusing Kuala Langat Dulu, rebut hadiah wang tunai RM2,000

OLEH SUHAILA SHAHRUL ANNUAR

SHAH ALAM, 22 DIS: Hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 menanti pemenang tempat pertama acara ‘Explorace Pusing Kuala Langat Dulu’ pada 31 Disember ini.

Menurut Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL), yuran penyertaan adalah RM100 untuk setiap pasukan dan penyertaan terhad kepada 30 kumpulan sahaja.

“Jangan lepaskan peluang ini kerana tarikh tutup penyertaan adalah pada 26 Disember.

“Klik pautan https://docs.google.com/forms/d/e/1FAIpQLScYTpvKUETwk1mXYw5jb2cZQVVNSRdC4gr3GG29Bh9S_aGn7w/viewform?usp=sharing atau imbas kod QR untuk mendaftar,” kata pihak berkuasa tempatan itu di Facebook.

Menurut ‘MPKL Explorace Pusing Kuala Langat Dulu’ menawarkan hadiah tempat pertama RM2,000, kedua (RM1,000), ketiga (RM500), keempat (RM300) dan kelima (RM200).

“Masa perlumbaan adalah dari jam 8 pagi hingga 2 petang bermula dan tamat di Istana Bandar Jugra, Kuala Langat.

“Orang ramai boleh menghubungi talian 03 3180 3694 untuk sebarang pertanyaan,” katanya.


Pengarang :