AGENDANASIONAL

Hulu Selangor, Gombak diramal ribut petir dan hujan hingga 7 malam

SHAH ALAM, 6 JAN: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di Selangor melibatkan daerah Hulu Selangor dan Gombak sehingga 7 malam ini.

Agensi tersebut menerusi Twitter memaklumkan keadaan sama diramal berlaku di seluruh Melaka manakala Perak di Batang Padang dan Muallim.

Pahang pula melibatkan Maran, Pekan dan Rompin; Negeri Sembilan (Jelebu, Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin), Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi) serta Sabah di Pedalaman (Beaufort), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud) dan Kudat.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my , media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :