Acara senamrobik dianjurkan dalam program Hari Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi Januari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah pada 8 Januari 2023. Foto Facebook MPAJ
PBTSELANGOR

Lebih 500 peserta meriahkan Hari Tanpa Kenderaan MPAJ

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 8 JAN: Lebih 500 warga Ampang Jaya memeriahkan Hari Tanpa Kenderaan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) bagi Januari di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah hari ini.

Menurut pihak berkuasa tempatan itu, pelbagai acara menarik diadakan antaranya pertandingan deko hasil kebun, pameran produk kebun dan penyerahan fail kebun komuniti serta baja anaerobik digester MPAJ.

Turut diadakan pertandingan dam nyamuk, kuiz, pertunjukan badut, silap mata, pertandingan memanah, petting zoo, pembelian barangan kitar semula, pameran serta jualan pokok dari Jabatan Pertanian Daerah Hulu Langat dan pameran Agensi Anti Dadah Kebangsaan.

“Warga Ampang Jaya juga diberi peluang menjalani saringan HIV dari Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Langat dan pemeriksaan kesihatan dari UKM Kesihatan Sdn Bhd,” menurutnya di Facebook.

Majlis dirasmikan Yang Dipertua MPAJ Mohd Fauzi Mohd Yatim yang turut menyampaikan hadiah untuk pemenang pertandingan video pelancongan sempena ulang tahun penubuhan MPAJ ke-30.


Pengarang :