Maklumat berkaitan cuaca serata Malaysia boleh dirujuk dilaman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih. Foto BERNAMA
SELANGOR

Lima daerah di Selangor, Putrajaya diramal ribut petir hingga 10 malam

SHAH ALAM, 5 JAN: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka melanda lima daerah di Selangor termasuk Putrajaya sehingga jam 10 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan daerah terlibat ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Kuala Langat dan Sepang.

Menerusi kenyataan di Facebook, cuaca sama turut melanda beberapa daerah di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca untuk maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :