Pengunjung pasar tani Seksyen 13, Shah Alam mematuhi tatacara operasi piawai (SOP) dengan memakai pelitup muka dan mematuhi jarak fizikal ketika tinjauan pada 31 Januari 2021. Foto ASRI SAPFIE/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

MPKL beri tempoh sebulan nasihat pengendali makanan pakai pelitup muka

KUALA LANGAT, 7 JAN: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memberi tempoh sebulan menasihati pengendali makanan di kawasan terbabit untuk memakai pelitup muka.

Yang Dipertuanya Dato’ Amirul Azizan Abd Rahim berkata sekiranya ada dalam kalangan peniaga atau penjaja itu ingkar pihaknya akan mengeluarkan notis selepas tempoh tersebut.

“Kita tidak mahu menarik lesen niaga mereka kerana rata-rata peniaga pun sudah banyak terkesan ketika pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) sebelum ini.

“Saya percaya dengan memberi nasihat peniaga makanan ini boleh patuh kerana ini juga demi menjaga nama baik dan kebersihan kedai mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Hari Rendah Karbon@Bandar Rimbayu Kuala Langat di Jalan Flora 2, Bandar Rimbayu di sini hari ini.

Sebelum ini, Dato’ Menteri Besar menyaran pemakaian pelitup muka dalam kalangan pengendali makanan dibuat secara berperingkat oleh pihak berkuasa tempatan negeri ini.

Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pelaksanaan itu bagi menimbulkan keyakinan pelanggan ketika proses penyediaan dan hidangan makanan


Pengarang :