AGENDASUKANKINI

Peluang terakhir pemegang pas bermusim miliki jersi edisi khas Selangor FC

SHAH ALAM, 9 JAN: Pemegang pas bermusim Selangor FC mempunyai peluang terakhir untuk memiliki jersi edisi khas pasukan itu.

Selangor FC memaklumkan jersi istimewa yang dilancarkan pada Mac tahun lalu itu akan dijual kepada umum selepas 10 Januari ini.

“Panggilan terakhir untuk pemegang pas bermusim membeli jersi edisi khas 2022 sebelum 10 Januari. Selepas tarikh ini, baki jersi yang masih tidak dijual akan dibuka kepada umum,” katanya menerusi Facebook.

Menurut kelab pasukan bola sepak itu pembelian boleh dibuat menerusi WhatsApp di nombor 016-301 2778.

Mac tahun lalu, Selangor FC melancarkan jersi istimewa bagi menghargai 1,812 pemegang pas bermusim kelab itu.

Jersi berharga RM139 itu adalah hasil insipirasi penyokong setia yang tidak pernah berhenti menyokong Selangor FC, terutamanya ketika pandemik Covid-19.


Pengarang :