AGENDANASIONAL

Polis belum kenal pasti identiti mayat dikerat enam dalam bagasi

SHAH ALAM, 19 JAN: Polis belum mengenal pasti identiti mayat yang dikerat enam dalam bagasi di tepi jalan Kilometer (KM) 447 Lebuhraya Utara Selatan, kelmarin.

Pemangku ketua polis Selangor berkata hasil bedah siasat menganggarkan mangsa sudah meninggal dunia kira-kira 12 jam sebelum mayatnya ditemui, lapor Berita Harian.

Menurut Datuk S Sasikala Devi, tiada mana-mana pihak yang kehilangan ahli keluarga atau kenalan
tampil membuat laporan berkaitan kes tersebut sehingga kini.

“Berdasarkan bedah siasat, mayat juga didapati tidak mempunyai kesan suntikan Bacillus Calmette-Guerin (BCG), maka kemungkinan besar ia warga asing.

“Justeru, kita juga mungkin akan memohon bantuan Polis Antarabangsa (Interpol) untuk mengenal pasti identiti mangsa,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan proses bedah siasat mendapati mangsa adalah lelaki bukan warganegara atau beragama Islam dan dipercayai maut akibat hentakan benda tajam dan tumpul.

 


Pengarang :