Speaker Dewan Negeri Selangor (DNS) Ng Suee Lim bercakap kepada media selepas penangguhhan sidang DNS di Bangunan Annex, Shah Alam pada 6 Disember 2022. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDANASIONAL

Sultan Selangor perkenan sidang DNS terakhir pada 14 Mac – Speaker

SHAH ALAM, 27 JAN: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi perkenan pembukaan sidang Dewan Undangan Negeri Selangor (DNS) bagi penggal ke-14 tahun 2023 yang dijadualkan berlangsung selama dua minggu bermula 14 Mac depan.

Speaker DUN Selangor, Ng Suee Lim, berkata pembukaan sidang DNS kali terakhir untuk penggal ini akan dilaksanakan dengan penuh istiadat termasuk pemeriksaan kawalan kehormat dan istiadat santapan.

“Persidangan kali ini dilaksana seperti yang dijadualkan dan mendapat perkenan Sultan Selangor untuk istiadat pembukaan.

“Perbincangan ahli dewan akan berdasarkan titah ucapan Baginda yang akan menyentuh berhubung isu-isu di Selangor ini dan lain-lain,” katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.

Sementara itu, Ng berkata notis makluman berkenaan pembukaan Sidang DNS dihantar kepada semua 56 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADN) bermula hari ini.

Katanya, ADN Sungai Tawar (Umno-BN) Datuk Rizam Ismail kekal sebagai Ketua Pembangkang Selangor namun ia tertakluk kepada perbincangan yang akan menyusul kemudian.

– BERNAMA


Pengarang :