SHAH ALAM, 2 FEB: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) menerima kunjungan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di pejabat Mais di sini hari ini.
Pertemuan tersebut disertai enam pegawai KWSP dan disambut Timbalan Setiausaha (Operasi) Mais, Nurhani Salwa Jamaluddin.
Agensi itu memaklumkan kunjungan itu bertujuan menjalin kerjasama strategik terutama dalam pengurusan harta dan kewangan umat Islam.

“Lawatan ini juga adalah lanjutan sesi kunjungan Mais ke KWSP pada November tahun lalu,” katanya menerusi Facebook.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Pengarah Baitulmal Mais, Indera Shahril Mohd Shahid dan Ketua Bahagian Baitulmal Mais, Mohd Romzi Abdullah Sani.
Mais berharap perbincangan bersama KWSP dapat memberi manfaat bersama dalam memperkasa pengurusan harta umat Islam.