Beberapa petugas meyiapkan hidangan Nasi Ambeng untuk dihidangkan kepada tetamu dalam Program `World Food Day 2021′ Makanan Tradisi Negeri Selangor di Kampung Sungai Lang Tengah, Banting pada 16 Oktober 2021. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
PBTSELANGOR

Pertandingan mewarna, masak nasi ambeng tarikan Hari Tanpa Kenderaan MPAJ Ahad ini

OLEH SHAMZ JOHAN

AMPANG JAYA, 10 FEB: Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) mempelawa kanak-kanak usia lima hingga 12 tahun menyertai pertandingan mewarna dengan tema Hari Barah Sedunia pada program Hari Tanpa Kenderaan (HTK) Ahad ini.

Berlangsung di Padang Perbandaran MPAJ, Pandan Indah, MPAJ memaklumkan johan bakal menerima wang tunai RM100, naib johan (RM 70), ketiga (RM 50) dan hamper sagu hati bagi tempat ke-4 hingga ke-10.

“Orang ramai yang berminat boleh mendaftar dengan yuran pendaftaran RM10.00 melalui pautan https://forms.gle/aLRr3Po2DipYSqHu5.

“Selain itu, pertandingan memasak Nasi Ambeng turut diadakan. Setiap penyertaan dikenakan yuran RM 20 dan perlu mendaftar melalui pautan https://forms.gle/YaJp3c79i6yXrpYq9,” menurut kenyataan.

Aktiviti lain turut disediakan adalah pertandingan memanah tradisional terbuka, pemeriksaan gigi percuma dan pameran zoo binatang peliharaan (Petting Zoo) serta pameran daripada pelbagai agensi kerajaan.

“Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan sambutan HTK MPAJ bagi bulan Februari,” katanya lagi.


Pengarang :