Skuad Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor (STEMUnisel) merangkul dua emas dan satu anugerah sempena Ekspo Teknologi Malaysia di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur pada 17 Mac 2023. Foto Facebook Unisel
AGENSISELANGOR

Modul pemburuan maya forensik lakar kejayaan buat STEMUnisel

SHAH ALAM, 18 MAC: Modul pemburuan maya forensik yang dibangunkan Skuad Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor (STEMUnisel) ketika pandemik memenangi pertandingan inovasi antarabangsa buat kali keenam.

Unisel dalam kenyataan memaklumkan skuad diketuai Dr Hazeeq Hazwan Azman meraih kemenangan itu sempena Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) di Pusat Dagangan Dunia, Kuala Lumpur yang berlangsung dari 16 Mac hingga hari ini.

“Modul tersebut mengandungi dua kes iaitu Biobahaya dan Toksikologi bertujuan menarik minat pelajar menyukai bidang STEM melalui aktiviti forensik berteraskan elemen fizik, kimia, biologi dan matematik.

“Pembangunan modul tersebut menerima maklum balas positif pelajar dan guru. Pelajar teruja dengan sains dan teknologi selain membuka mata penggunaan ilmu yang dipelajari dalam aplikasi kerjaya STEM,” katanya di Facebook.


Dua emas dan satu anugerah khas diterima Skuad Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik Universiti Selangor (STEMUnisel) ketika menyertai Ekspo Teknologi Malaysia (MTE) pada 17 Mac 2023. Foto Facebook Unisel

Kenyataan sama memaklumkan skuad terdiri daripada 12 pensyarah dan 14 pelajar dari lima fakulti Unisel turut meraih dua emas dan satu anugerah khas sempena ekspo terbabit.

“Unisel mengucapkan setinggi tahniah buat Skuad STEMUnisel atas kejayaan yang dikecapi,” katanya.


Pengarang :