AGENDAJENAYAH

Sepak, pijak kepala ibu kerana tidak diberi RM20 beli dadah

SHAH ALAM, 27 MAC: Seorang lelaki bertindak memukul, memijak, menampar dan menyepak ibunya selepas permintaan untuk mendapatkan RM20 bagi membeli dadah tidak dipenuhi.

Ketua Polis daerah Tanah Merah berkata kejadian di Kampung Gual Jedok menyebabkan warga emas berusia 65 tahun mengalami bengkak di kepala, dahi dan mata serta sakit pada bahagian badan, lapor Sinar Harian.

Menurut Superintendan Mohd Haki Hasbullah, mangsa dan suspek yang berusia 32 tahun tinggal berdua di rumah tersebut dan kejadian berlaku di depan pintu kediaman mereka.

“Kejadian tersebut telah dirakam oleh cucu wanita terbabit yang tinggal bersebelahan dengan rumah berkenaan.

“Ekoran daripada kejadian itu mangsa telah alami kecederaan dan mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Tanah Merah,” katanya.

Tambah Mohd Haki suspek yang merupakan pemegang kad orang kurang upaya (OKU) mental sering mengamuk meminta wang daripada mangsa.

“Hasil ujian air kencing menunjukkan lelaki berkenaan positif methamphetamine dan mempunyai dua rekod lampau berkait dengan dadah,” katanya.


Pengarang :