Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menerima zakat perniagaan daripada Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI Norita Mohd Sidek berjumlah RM2.316 juta sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sultan Selangor berkenaan terima zakat niaga lima syarikat bernilai lebih RM10 juta

SHAH ALAM, 24 MAC: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan menerima bayaran zakat perniagaan berjumlah RM10.15 juta daripada lima syarikat korporat di Masjid Negeri, di sini hari ini.

Bayaran kepada Lembaga Zakat Selangor (LZS) itu melibatkan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI sebanyak RM2.316 juta, Worldwide Holdings Berhad (RM2.894 juta) dan Sime Darby Property Berhad (RM1 juta).

Turut menyempurnakan bayaran zakat terbabit Kumpulan Sirim berjumlah RM2.335 juta serta Rafulin Holdings Sdn Bhd (RM1.607 juta).

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada 493 asnaf fakir, miskin dan mualaf di Petaling berjumlah RM246,500.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menyampaikan sumbangan hari raya kepada asnaf daerah Petaling sempena majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Baginda bersama Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah turut berkenan berbuka puasa bersama asnaf dan pembayar zakat serta menunaikan solat Maghrib, Isyak dan solat sunat terawih.

Turut hadir Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof dan Ketua Pegawai Eksekutif LZS Mohd Sabirin Mohd Sarbini.

Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan menghadiri majlis iftar bersama rakyat di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Negeri, Shah Alam pada 24 Mac 2023. Turut mengiringi Baginda, Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI

Pengarang :