Oleh Shamz Johan
SUBANG JAYA, 11 MAC: Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman yang terletak berhampiran Sekolah Kebangsaan Kampung Tunku, di sini, menjadi mercu tanda baharu penduduk Dewan Undangan Negeri (DUN) tersebut.

Wakil rakyatnya Lim Yu Weu berkata pihaknya berusaha membaik pulih dan mengindahkan tugu tersebut dengan permukaan batu kerikil sebagai monumen kebanggan penduduk.
“Malah kita menambah plak dengan petikan ayat daripada Tunku Abdul Rahman iaitu We are all malaysians.
This is the bond that unites us. Let us always remember that unity is our fundamental strength as a people and as a nation.
“Petikan ayat ini diharap memberi inspirasi atas usaha kita untuk mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan harmoni,” katanya kepada Selangorkini.
Semalam, Tugu Peringatan Tunku Abdul Rahman itu dirasmikan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sebelum menunaikan solat Jumaat.