AGENDANASIONAL

Klang, Petaling antara enam daerah di Selangor diramal hujan hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 1 APRIL: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang diramal melanda Sabak Bernam, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Sepang di Selangor hingga 1 pagi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan cuaca sama di Putrajaya, Kuala Lumpur dan Labuan serta beberapa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah.

Menerusi kenyataan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Ramalan ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :