Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Sederhana dalam beribadat, prihatin aspek kemanusiaan (VIDEO)

SHAH ALAM, 18 APRIL: Islam menyuruh penganutnya tidak berlebihan dalam beribadat dengan mengambil kira faktor sekeliling dan kemanusiaan.

Mengulas ayat 10 Surah al-Isra, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata ayat itu diturunkan selepas kaum Quraisy mengkritik Nabi Muhammad SAW yang adakala memperlahan dan menyaringkan bacaan solat.

“Allah SWT suruh ambil yang pertengahan. Dalam seronok beribadat kepada Allah, kita kena peka keadaan sekeliling.

“Kepada Allah kita bertumpu dalam masa sama sedar sekeliling kita manusia… dengan manusia kita meraikan tetapi hati tetap tawaduk kepada Allah,” kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia itu.

Beliau membuat huraian ayat yang dibacakan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat berkenaan berkait rapat dengan kehidupan seharian yang memerlukan kefahaman di antara komuniti sekali gus menonjolkan keindahan Islam.

“Kita beribadat di surau atau masjid (tapi) kita terlupa di sekeliling ada perumahan dan kejiranan apabila kita memasang atau memperdengar suara yang kuat.

“(Ia) tidak betul daripada segi adab sebagaimana ajaran al-Quran namun penelitian sangat perlu,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata ayat itu juga diturunkan apabila Rasulullah dikritik kerana membaca doa dengan menggunakan pelbagai gelaran untuk Allah.

“Nabi ada panggil Allah, ya Rahman, bila orang kafir dengar dia kata orang ini (nabi) halang kita menduakan tuhan tapi dia sekejap sebut Allah sekejap Rahman.

“Allah itu Maha Esa walaupun sifat dan namanya berbilang. (Ia) juga menunjukkan keharusan kita berdoa dengan menyeru nama atau sifat Allah (Asma’ul Husna),” katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta
Episod dua– bersyukur bukti keimanan
Episod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan  – doa pakaian ummah
Episod sembilan  – tuntut ilmu
Episod 10 – hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar
Episod 16  – hormat sesama manusia
Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam
Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam
Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan
Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad
Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang
Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya
Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman
Episod 24 – takwa kunci toleransi
Episod 25 – empat perkara depani kemelut hidup
Episod 26 – amanah dan jauhi sikap melampaui batas


Pengarang :