Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Takwa kunci toleransi, jaga hubungan sesama manusia (VIDEO)

SHAH ALAM, 15 APRIL: Keharmonian hubungan sesama manusia akan tercapai jika adanya keseimbangan di antara toleransi dan ketakwaan kepada Allah SWT.

Menghuraikan ayat 13 Surah al-Hujurat yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata umat Islam akan tergelincir tanpa dua elemen tersebut.

“Allah sengaja mencipta kepelbagaian dalam kehidupan supaya manusia boleh mengenali. Kalau tauhid mu hanya kebaikan maka kamu akan tempang dalam aspek kemanusiaan… mengasingkan diri daripada manusia untuk beribadah sahaja.

“Bila dikatakan manusia ada kesamarataan bermakna kita kena memandang manusia itu sama rata tapi tidak bermakna kita mengiktiraf agama mereka.

“Perbezaan agama tidak menjadi lampu hijau untuk kita meremehkan manusia,” kata pensyarah kanan Pusat Kajian al-Quran & al-Sunnah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Beliau membuat huraian itu dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Amirudin pula berkata ayat berkenaan mengajar umat Islam agar tidak melepasi batas dalam menjaga hubungan dengan Allah dan sesama manusia.

“Banyak ayat al-Quran yang selalu menegur manusia jangan melampaui batas, amat pedih hukuman kepada mereka yang melampaui batas… ayat ini sedikit sebanyak menyentuh tentang batas kita selaku manusia dan umat Islam yang mengaku beriman kepada Allah.

“Jangan lepasi batas itu… dijaga dengan baik, Insya-Allah ia akan lebih harmoni,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Ahmad Fakhrurrazi berkata amalan beragama menjadi tidak harmoni apabila umat tidak mampu membezakan batas hubungan dengan Allah dan manusia.

“Memang Allah berkehendak menciptakan manusia, ada lelaki perempuan, ada kabilah, bahasa, bangsa dan warna kulit untuk kita saling mengenali,” katanya.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta
Episod dua– bersyukur bukti keimanan
EEpisod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan  – doa pakaian ummah
Episod sembilan  – tuntut ilmu
Episod 10 – hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar
Episod 16  – hormat sesama manusia
Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam
Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam
Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan
Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad
Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang
Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepada-Nya
Episod 23 – buat kebaikan, jauhi kezaliman


Pengarang :