Tangkap layar rakaman video ucapan Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari sempena Ramadan dan program tadabbur al-Quran sehari satu ayat.
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Umat Islam diseru buat kebaikan, jauhi perbuatan zalim (VIDEO)

SHAH ALAM, 14 APRIL: Umat Islam diseru melakukan kebaikan dan menjauhi perbuatan zalim kerana Allah SWT menyediakan ganjaran berlipat ganda atas kebaikan dilakukan hamba-Nya.

Menghuraikan ayat 40 Surah An-Nisa yang dibaca Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Ustaz Dr Ahmad Fakhrurrazi Mohammed Zabidi berkata meniggalkan kezaliman dikira sebagai ketaatan.

Jelasnya, ayat itu juga menyentuh sebesar-besar kezaliman adalah mensyirikkan Allah dan meminta manusia berhati-hati meletakkan satu-satu perkara itu di tempat yang sepatutnya.

“Bila Allah sediakan segala ruang kebaikan untuk hambanya, dan Allah menjanjikan ganjaran yang berlipat ganda. Tetapi jika hamba itu masih lagi berlaku zalim, maka yang zalim hamba itu sendiri.

“Perkara kezaliman ini, Allah sendiri haramkan dirinya berlaku zalim,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan.

Sementara itu, Amirudin pula berkata soal kezaliman boleh diperluaskan bukan hanya sesama manusia tetapi kepada makhluk lain termasuk alam sekitar dan haiwan.

“Mungkin penjelasan soal kezaliman itu boleh diperluaskan lagi, bukan hanya sesama manusia, soal ketuhanan (mensyirikkan Allah) begitu juga dengan makhluk lain.

“…Gesa umat Islam, laksana keadilan dan jauhi kezaliman semoga dapat hidayah dan petunjuk,” kata beliau.

Majlis bermula 23 Mac lalu dipancar melalui media sosial Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor.

Antara tadabbur yang boleh diikuti seperti berikut:

Episod satu  – kepentingan infak harta
Episod dua– bersyukur bukti keimanan
EEpisod tiga  – taubat kunci keampunan-Nya
Episod empat – taati ibu bapa
Episod lima – istiqamah dalam beramal
Episod enam  – sifat amanah ketika memimpin
Episod tujuh  – bina kasih dalam keluarga
Episod lapan  – doa pakaian ummah
Episod sembilan  – tuntut ilmu
Episod 10– hidup harmoni masyarakat
Episod 11 – ujian pengukur iman
Episod 12 – akidah keturunan Nabi Yaakub
Episod 13  – pemimpin disayangi taat kepada Pencipta
Episod 14  – hikmah Ramadan, bentuk peribadi, disiplin
Episod 15 – peringatan bercakap benar
Episod 16  – hormat sesama manusia
Episod 17 – insan berakhlak mulia warisi alam
Episod 18  – jauhi munafik, harap kematian dalam Islam
Episod 19 – kesulitan dihadapi disertai kesenangan
Episod 20 – nikmat jadi umat Nabi Muhammad
Episod 21 – ganjaran bersedekah, beri hutang
Episod 22 – jaga alam, bertaubat kepadaNya


Pengarang :