Orang ramai melihat koleksi buku Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) menerusi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada 3 Jun 2022. Foto Twitter Buku IBDE × PBAKL 2022
AGENDANASIONAL

Jom sertai perbincangan santai IBDE di pesta buku KL mulai Jumaat

SHAH ALAM, 24 MEI: Orang ramai dipelawa menyertai perbincangan santai anjuran Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2023 mulai Jumaat ini.

Program itu menampilkan penterjemah, penyunting, pengarah, ilustrator dan wakil penerbitan berlangsung di reruai 4061 dan 4076, Dewan Tun Razak 4, Pusat Dagangan Dunia (PWTC) Kuala Lumpur.

Tentatif program dan jualan buku yang berlangsung sehingga 4 Jun boleh diikuti menerusi Facebook dan TikTok syarikat penerbitan berkenaan.

IBDE menerima geran Kerajaan Negeri bagi menjayakan projek terjemahan karya penting dunia meliputi pelbagai genre termasuk sejarah, falsafah, agama, politik dan sastera sejak 2016.

Judul terbaharu yang dijangka menjadi tumpuan pengunjung di PBAKL antaranya kisah hidup ulama tersohor Imam al-Ghazali karya W Montgomery Watt dan biografi politik Tun Dr Mahathir Mohamad (Barry Wain).

Karya lain terbitan IBDE dengan kerjasama Media Selangor Sdn Bhd ialah Sejarah Selangor 1766–1939 (JM Gullick), Gelagat & Ragam Orang Melayu (Frank Swettenham) dan Penyucian Kalbu: Tanda Penyakit Hati dan Penawarnya (Hamza Yusuf).

Berikut jadual bicara santai IBDE di PBAKL:

 


Pengarang :