AGENDANASIONAL

Sabak Bernam, Kuala Selangor diramal hujan lebat hingga 2 petang

Oleh AZIAN AZIZ

SHAH ALAM, 26 MEI: Sabak Bernam dan Kuala Selangor diramal mengalami ribut petir dan hujan lebat sehingga 2 petang ini.

Jabatan Metereologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi Facebook turut memaklumkan Perlis dan Pulau Pinang, beberapa kawasan di Kedah, Perak serta Johor diramal mengalami cuaca sama.

Menurut agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Sehubungan itu, orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial dan memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


Pengarang :