Pementasan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Teater perangi dadah dapat sambutan, 1,200 tiket habis dijual sebelum pementasan

Oleh Fitri Hazim

SHAH ALAM, 27 MEI: Pementasan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Sultan Abdul Aziz semalam mendapat sambutan ramai.

Pengarahnya Hasrol Hisham Mohd Hassan berkata 1,200 tiket habis dijual dalam tempoh seminggu sebelum persembahan teater yang mengangkat tema komedi seram memerangi penyalahgunaan dadah itu.

“Sambutan menggalakkan, 1,200 tiket habis terjual seminggu sebelum persembahan, saya harap Pemadam (Persatuan Mencegah Dadah Malaysia) teruskan program seperti ini.

Orang ramai menyaksikan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Ini satu pendekatan berbeza kempen anti dadah dalam bentuk teater komedi seram untuk kami mendidik berbanding seminar dan ceramah,” katanya ditemui ketika pementasan teater itu semalam.

Hasrol Hisham atau lebih dikenali Lanun berkata teater itu boleh menjadi ikutan pihak lain dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah.

Pengarah Pementasan Teater, Hasrol Hisham Mohd Hassan bercakap kepada Media Selangor selepas pementasan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Beliau turut berharap inisiatif itu diteruskan Pemadam dan pihaknya bersedia meneruskan program seperti itu pada masa depan.

Sementara itu, Setiausaha Kehormat Pemadam Selangor Farhan Ahmad Kamal berkata pihaknya menampilkan kelainan melalui seni persembahan dalam usaha memerangi penyalahgunaan dadah khususnya kepada generasi muda.

“Kami bawa konsep teater dalam kempen ini malah barisan pelakon seperti Ella dan Joe Wings ada peminat tersendiri seterusnya boleh menarik peminat menonton teater ini.

Setiausaha Kehormat Pemadam Selangor, Farhan Ahmad Kamal bercakap kepada Media Selangor selepas pementasan teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

“Kami juga ingin meluaskan kempen dengan menjadikan penuntut universiti sebagai ejen kempen anti dadah. Persembahan malam ini turut dihadiri pelajar Politeknik Shah Alam dan saya harap universiti turut menyokong kempen ini,” katanya.

Selain Ella dan Joe Wings, teater itu turut menampilkan barisan pelawak antaranya Imuda, Abu Mamu, Caca Raja Lawak serta Kumpulan Kiut.

Turut memeriahkan teater itu ialah Jo Branko (bekas gitaris Wings), Jojie (kakak Ella), Kapten Azhar (suami Ella) dan Chef Yang Jamil.

Penampilan khas oleh penyanyi Ella ketika teater Dari Cherok Tok Kun Ke Putrajaya di Auditorium Dewan Jubli Perak Bangunan Sultan Abdul Aziz, Shah Alam pada 26 Mei 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI

Pengarang :