Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas merasmikan penutup Karnival Jom Heboh 2023 Selangor Generasi Muda di dataran karnival Stadium Shah Alam pada 4 Jun 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Tindakan pantas Kerajaan Negeri berjaya kawal banjir kilat di Klang

SHAH ALAM, 5 JUN: Tindakan segera Kerajaan Negeri melakukan kerja-kerja pengepaman di sekitar Klang berjaya mengawal banjir kilat yang melanda kawasan itu pagi semalam.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata susulan itu, air di kawasan terkesan surut pada sebelah petang.

“Setakat ini, daerah yang terkesan banjir kilat hanya di Klang dan air sudah surut serta melibatkan sebilangan keluarga sahaja.

“Kita akan dapatkan laporan lanjut (banjir) malam ini (malam tadi),” katanya ditemui selepas merasmikan majlis penutupan Karnival Jom heboh di dataran karnival Stadium Shah Alam semalam.

Beberapa kawasan di Bandar Bukit Raja, Klang dan Setia Alam dinaiki air selepas hujan lebat selama beberapa jam pagi semalam.


Pengarang :