Lebih 600 konsultan dan ahli Fingold International Pte Ltd hadir pada Majlis Makan Malam dan Penghargaan di Hotel Marriot Putrajaya pada 19 November 2023. Foto Fingold International Pte Ltd
AGENDANASIONAL

Jalinan kerjasama strategik Fingold International dan Koperasi Green Energy

Meterai MoU perdagangan emas

PUTRAJAYA, 22 NOV: Syarikat simpanan & perdagangan emas, Fingold International Pte Ltd maju setapak lagi menerusi pemeteraian memorandum persefahaman (MoU) bersama koperasi syarikat berkaitan tenaga hijau, Green Energy Corporation Berhad.

Pengasas Bersama (Pemasaran) Fingold International Pte Ltd, En. Wan Haznizam Wan Jaafar berkata, MoU ditandatangani melibatkan jaringan kerjasama strategik perdagangan emas.

Pengasas Bersama (Pemasaran) Fingold International Pte Ltd W Haznizam W Jaafar (kiri) dan Presiden Green Energy Corporation Berhad Dato’ Sallehuddin Satar (kanan) bertukar dokumen selepas menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pada majlis Fingold International Annual Dinner and Star Award di Marriot Hotel, Putrajaya pada 18 November 2023. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

“Mereka akan menjadi rakan usahasama kami dalam masa sama memberi keuntungan (hasil simpanan) kepada ahli koperasinya melalui platform Fingold.

“Sejak dilancarkan di Malaysia pada Julai tahun lalu, ini adalah MoU pertama ditandatangani dan kita menyasarkan lebih banyak perjanjian usahasama selepas ini supaya ramai lagi dapat manfaat dalam bidang simpanan & perdagangan emas,” katanya.

Perjanjian ditandatangani oleh En. Wan Haznizam mewakili Fingold International Pte Ltd manakala Green Energy Corporation Berhad diwakili Presidennya, Dato’ Sallehuddin Hj Satar.

Pengasas Bersama (Pemasaran) Fingold International Pte Ltd Wan Haznizam Wan Jaafar (tengah) menyampaikan Star Award kepada konsultan Fingold International Pte Ltd pada Majlis Makan Malam dan Penghargaan di Hotel Marriot Putrajaya pada 19 November 2023. Foto Fingold International Pte Ltd

Beliau ditemui selepas majlis makan malam Fingold International Pte Ltd yang dihadiri lebih 600 konsultan dan ahli, pada majlis tersebut lebih 100 individu diberi pengiktirafan dan penghargaan selain turut dilancarkan produk baharu berupa emas bar 500gram, 1000gram dan 10 dinar di sini, baru-baru ini.

Mengulas lanjut En Wan Haznizam berkata Fingold International Pte Ltd memberi peluang kepada kliennya untuk membeli, menyimpan, menjual atau menebus emas daripada platform digital kepada emas fizikal secara komprehensif pada bila-bila masa.

Pengasas Bersama (Pemasaran) Fingold International Pte Ltd Wan Haznizam Wan Jaafar (kanan) ditemubual wartawan selepas Majlis Makan Malam dan Penghargaan di Hotel Marriot Putrajaya pada 19 November 2023. Foto Fingold International Pte Ltd

“Memandangkan keadaan sosio-ekonomi semasa, kita harus bijak dan mempertimbangkan untuk menyimpan emas secara fizikal dan digital bagi melindungi aset, simpanan dan ekonomi yang sedia ada. Di FG, kita membolehkan pengguna membeli mahupun menebus (daripada keuntungan) jongkong emas fizikal dengan ketulenan 999.9 dengan mudah dan cepat”, katanya.

Beliau menambah setakat ini syarikat yang mula diasaskan di Singapura pada 2018 itu memiliki lebih 8,000 klien daripada dalam negara dan lebih 30,000 klien dari pelbagai negara termasuk Brunei, Kemboja, Vietnam, Thailand, Indonesia, Qatar dan Dubai.

Fingold International Pte Ltd mula diasaskan di Singapura pada 2018 dan melebarkan sayapnya ke Malaysia pada Julai tahun lalu. Ia turut memiliki rangkaian lain termasuk FingoldMint dan Fingold Capital LLC.

Suasana Majlis Makan Malam dan Penghargaan Fingold International Pte Ltd di Hotel Marriot Putrajaya pada 19 November 2023. Foto Fingold International Pte Ltd

Pengarang :