Hujan lebat di sekitar ibu kota Kuala Lumpur pada 18 Julai 2022. Foto BERNAMA
AGENDANASIONAL

Tiga daerah di Selangor, KL, Putrajaya diramal hujan lebat hingga 9 malam

SHAH ALAM, 8 DIS: Hujan lebat diramal melanda tiga daerah di Selangor iaitu Petaling, Hulu Langat dan Sepang sehingga 9 malam ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menjangkakan hujan lebat diisertai ribut petir turut melanda seluruh Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa daerah di Johor dan Sarawak.

Menurut agensi itu di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam (mm/jam) yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

 


Pengarang :