Tangkap layar rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari dan Ustaz Don Daniyal Don Biyajid
AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Waspada sifat orang munafik dalam membina keluarga (VIDEO)

SHAH ALAM, 30 MAC: Umat Islam diingatkan agar sentiasa berhati-hati dengan tipu daya terutama dalam membina keluarga.

Demikian kata Ustaz Don Daniyal Don Biyajid ketika menghuraikan surah al-Baqarah ayat 204 yang dibaca qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid.

Menurut Don Daniyal peringatan itu khusus kepada keluarga yang mempunyai anak perempuan ketika  memilih pasangan hidup.

“Berhati-hati, jaga. Tutur kata elok, tengok-tengok fahaman berbeza, bukan ahli sunnah wal jamaah. Semua itu kena jaga.

Tangkap layar qari jemputan Abdul Qawiy Abdul Rashid dalam rakaman video progam tadabbur al-Quran sehari satu ayat sempena Ramadan

“Dalam hadis mengatakan ada yang tutur katanya hal dunia (perkahwinan) menyebabkan engkau tertarik hati. Maka berhati-hati untuk kita semua.

“Saya doakan, kalian yang ada anak-anak perempuan, dikurniakan pasangan yang baik-baik. Yang bercakap seperti yang diamalkan, jangan ada yang bermuka-muka,” katanya dalam program Tadabbur al-Quran bersama Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari.

Program Tadabbur al-Quran anjuran Pejabat Dato’ Menteri Besar dan Media Selangor yang membaca satu ayat setiap hari sepanjang Ramadan dipancar melalui media sosial Amirudin Shari, Media Selangor dan TV Al-Hijrah.

Sementara itu, Amirudin berkata semoga umat Islam dapat membezakan antara baik buruk, benar atau salah dan tidak mudah tertipu dengan kata-kata indah.

“Kadang-kala sengaja direka untuk menekan atau memburuk. Semoga terus makin rapat mencintai al-Quran,” katanya.

Berikut episod Tadabbur al-Quran terdahulu yang boleh diikuti:

Episod 1: terus berbuat amal kebaikan
Episod 2: mohon petunjuk dan ilham
Episod 3: ilmu dan adab asas kehidupan
Episod 4: jaga hati, ubah diri ke arah lebih baik
Episod 5: amanah, cerita kebenaran
Episod 6: bersatu hati, elak pertikaian
Episod 7: ilmu datang dari pelbagai arah
Episod 8: kepentingan akal membuat keputusan, jalani kehidupan
Episod 9: wajib berbakti kepada ibu bapa
Episod 10: berdoa agar amalan diterima Allah
Episod 11: manfaat pancaindera untuk timba ilmu
Episod 12: kongsi rezeki dan yakin balasan Allah
Episod 13: ujian itu hikmah, jadi insan hebat
Episod 14: istiqamah mengingat Allah
Episod 15: ujian Allah sesuai kemampuan
Episod 16: bercakap benar, beradab dalam berbicara
Episod 17: pemimpin berbincang sebelum buat keputusan
Episod 18: Rasullullah susuk penting


Pengarang :