AGENDABERITA UTAMANASIONAL

Lima buku terbitan IBDE dengan kerjasama Media Selangor antara 10 terlaris

SHAH ALAM, 6 MEI: Lima buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan paling laris pada April.

Naskhah itu ialah Memelihara Jiwa: Petua Daripada Tabib Kurun ke-9, Gelagat dan Ragam Orang Melayu serta Ramuan Kebahagiaan.

Dua lagi judul terbitan IBDE dengan kerjasama Media Selangor yang menjadi pilihan ramai ialah Apa Itu Tasawuf? dan Detik-Detik Akhir Empayar Utsmaniah.

Selain itu, empat karya Imam Al-Ghazali turut berada dalam kedudukan 10 teratas iaitu Ramuan Kebahagiaan, Perihal Kesederhanaan Dalam Beriktikad, Penyelamat Daripada Kesesatan dan Menghidupkan Ilmu Agama – Jilid 1: Kitab Ilmu.

Naskhah riwayat Rasulullah berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings yang dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kekal pilihan ramai sejak tahun lalu.

Turut berada dalam senarai 10 terbitan IBDE paling laris pada bulan lalu ialah karya berjudul Salahuddin Al-Ayubi: Raja Penakluk.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan  bukuibde.com.

Senarai buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Media Selangor, kecuali Muhamad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal dan Menghidupkan Ilmu Agama, yang bertanda bintang antara naskhah laris sepanjang Oktober 2023. Grafik oleh Azwa Abdul Malek

 


Pengarang :