PBTSELANGOR

Aplikasi Smart-MPKlang tingkat mutu perkhidmatan

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 JAN: Selaras usaha Kerajaan Negeri ke arah ‘Smart State’, Majlis Perbandaran Klang (MPK) memperkenalkan aplikasi digital Smart-MPKlang dalam usaha meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat.

Yang DiPertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin berkata, aplikasi yang berkonsepkan Mobile ICT (M-ICT) merupakan inisiatif tranformasi digital MPK sekaligus menyampaikan maklumat kepada pelanggan dengan lebih pantas.

Katanya, aplikasi itu juga merupakan platform digital bersepadu dalam menyalurkan maklumat dan menjalinkan hubungan erat antara MPK dan rakyat.

“Smart-MPKlang itu sendiri iaitu singkatan kepada saluran maklumat rakyat Majlis Perbandaran Klang, oleh itu dengan adanya aplikasi ini hubungan erat dalam dijalin.

“Menyedari penggunaan Smart Phone sebagai keperluan utama, MPK mengambil langkah proaktif mewujudkan gerbang digital berorientasikan rakyat yang menawarkan capaian maklumat dan perkhidmatan MPK secara online ini,” katanya pada pelancarannya, di sini.

Yasid berkata pelanggan akan dilayan secara individu melalui aplikasi oleh Pembantu Peribadi Digital yang merupakan ‘chatbot’ pertama di Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) pertama diprogramkan memahami Bahasa Melayu dan menjawab soalan lazim.

“Jika sebelum ini, laman web rasmi MPK menjadi gerbang utama memperolehi maklumat, kini dengan Smart-MPKlang sebagai alternatif mudah alih dan mesra rakyat bagi capaian maklumat rasmi MPK berpusat,” katanya.

Aplikasi itu menggunakan teknologi ‘cloud infrastructure’ yang ditawarkan oleh Microsoft sebagai usaha MPK ke arah pemodenan perkhidmatan ICT berasaskan pembabitan rakyat.

 


Pengarang :