Selangorkini
SELANGOR

Gombak, Hulu Selangor alami gangguan bekalan air sementara

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 23 JAN: Beberapa kawasan di Gombak dan Hulu Selangor dijadual mengalami gangguan bekalan air sementara, bermula Rabu hingga Jumaat ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan berkata, gangguan itu ekoran kerja pemasangan perkakasan sistem agihan air.

“Pelanggan dinasihati menyimpan bekalan air secukupnya sebelum kerja penambahbaikan dilakukan, pada tarikh berkenaan.

“Segala usaha akan diambil bagi menyiapkan kerja berkenaan secepat mungkin untuk memastikan pemulihan bekalan air lebih awal ke kawasan terbabit,” katanya

SYABAS berkata, antara kawasan terbabit ialah Taman Ehsan, Taman Desa Jaya dan Kampung Kepong Ulu di Gombak; sebahagian Fasa 3, keseluruhan Fasa 4, 5,7, 8 dan 9 di Taman Sri Gombak serta Kampung Melayu Sri Gombak.

Katanya, kawasan lain yang terjejas ialah New Green Park, Taman Rawang Jaya, Kampung Lim Tan, keseluruhan Bukit Rawang Putra dan pekan Rawang, di Hulu Selangor.

“Pengguna boleh merujuk laman sesawang www.syabas.com.my atau melalui aplikasi telefon pintar mySyabas untuk maklumat terkini berkenaan gangguan bekalan air,” katanya


Pengarang :