SELANGOR

Malaysia Women Marathon kembali 4 Mac ini

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM, 22 JAN: Malaysia Women Marathon (MWM) 2018 anjuran Tourism Selangor sekali lagi bakal menemui orang ramai, pada 4 Mac ini, di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.

Selain menyambut Hari Wanita Sedunia pada 8 Mac setiap tahun, MWM 2018 juga bertujuan menghargai keupayaan wanita dan memastikan peranan golongan itu terus diperkasakan.

MWM 2018 siri keenam itu menawarkan hadiah keseluruhan RM43,000 membabitkan empat kategori. iaitu ‘Full Marathon’ dengan jarak 42 kilometer (km), ‘Half Marathon’ (21km), 10km dan 5km ‘fun run’.

Menariknya, MWM 2018 turut membuka penyertaan kepada peserta lelaki selain memberi peluang kepada kanak-kanak berusia lima tahun untuk menyertai ‘Fun Run’ 5km.

Manakala, yuran pendaftaran berbeza mengikut kategori, iaitu 42km (RM75), 21km (RM50), 10km (RM40) dan 5km (RM25).

Mereka yang berminat masih boleh mendaftar di www.mwm.my sehingga 10 Februari ini atau layari Facebook Malaysia Women Marathon untuk maklumat lanjut.


Pengarang :