SELANGOR

Shah Alam Cat Adoption diteruskan, kawal populasi kucing terbiar

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 16 JAN: Shah Alam Cat Adoption diteruskan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menggalakkan orang ramai membantu memelihara haiwan terbiar.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam, Shahrin Ahmad berkata, penganjuran itu adalah salah satu langkah proaktif mengawal peningkatan populasi kucing terbiar yang berkeliaran di kawasan pentadbiran MBSA.

“Program yang membuka tirai tahun ini sempena Program Shah Alam Tanpa Kenderaan berjaya menarik seramai 20 pemilik baru bagi kucing terbiar.

“Program Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan pada kali ini membuka tirai tahun 2018 setelah setahun penganjurannya,” katanya dalam kenyataan.

Program ini mula dilaksanakan sejak 22 Januari 2017 itu mendapat sambutan menggalakkan dalam kalangan warga Shah Alam dan sekitar Lembah Klang.

Matlamat penganjuran program itu pada masa yang sama memberi fokus terhadap aspek penjagaan alam sekitar ke arah menjadikan Shah Alam Bandar Raya Rendah Karbon menjelang tahun 2030.

 


Pengarang :