SELANGOR

YIDE cakna nasib 14 keluarga terlibat banjir

SHAH ALAM, 28 JAN: Skuad Yayasan Islam Darul Islam (YIDE) melawat 14 keluarga terlibat banjir di Dewan Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) Desa Coalfield bagi meyalurkan sumbangan berbentuk barangan keperluan harian.

Sumbangan di sampaikan Pengurus Operasi YIDE, Arifin Md Jaafar diiringi Pegawai Kebajikan YIDE Muhammad Zubair, kepada keluarga dari Kampung Seri Aman dan Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor, pada 26 Januari lalu.

Terdahulu, Kampung Seri Aman dan Ladang Tuan Mee, Kuala Selangor ditengelami banjir setinggi tiga meter melibatkan 10 keluarga Melayu dan empat keluarga India.

Air naik dengan pantas sehingga sebahagian mangsa tidak sempat mengalihkan barangan keperluan ke tempat selamat.

Dalam pada itu, YIDE mengingatkan masyarakat untuk menyalurkan sebarang kejadian berkaitan musibah dan bencana kepada Pegawai Kebajikan YIDE, Muhammad Zubair di talian 017-7569476 untuk tindakan lanjut.


Pengarang :